Welcome to My Website

Semua tulisan di dalam weblog yang diambil untuk paparan di mana-mana medium sama bercetak atau secara maya, hendaklah disertakan sekali pautan kepada weblog ini.

Aku Tidak Kisah II

Ditulis oleh kawakib_duriyah Rabu, November 07, 2007 6 ulasan


Aku Tidak Kisah II


Aku tidak kisah

Aku berdua juga akhirnya

Impian tercapai

Cita digapai


Aku tidak kisah

Isteriku setia selama

Berjanji setia bahagia


Aku tidak kisah

Akhirnya aku tersenyum jua


Aku tidak kisah

Sepi pergi ke sana

Hanya tinggal kenangan

Menguat diri meneguh raga


Aku tidak kisah

Isteriku...

Temani aku bersama kenangan

Kenangan sepi kenangan pilu


Aku tidak kisah

Biarkan pilu lalu

Sekian lama berpusing di minda

Bersilang bertindih antara satu

Menggegar sukma

Menghentak asa


Aku tidak kisah

Isteriku...

Mari kupimpin tanganmu

Kita rentasi masa

Memunggah bahagia

Mengutip cahaya


Aku tidak kisah lagi

Apa yang ada di hadapan

Ku akan cuba landa

Berteman insan yang kucinta


Aku tidak kisah

Kerana namamu Husna

Aku bahagia

Biarkan aku dan kamu

Kerana sekarang sudah ada Kita


Kawakib Duriyah

Kota Bharu, 2.25 pagi 14 Oktober 2007M / 3 Syawal 1428H

Aku akan berkahwin, Insya Allah...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Khamis, Oktober 04, 2007 1 ulasan

Kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, tidak kira taraf kakak, abang atau adik, termasuk sanak saudara saya semua. Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan saya Oktober ini. Majlis ini akan diadakan pada 18 Oktober 2007M bersamaan 6 Syawal 1428H di rumah keluarga saya di alamat 239-B Jalan Pam Air Pelagat, Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh, Terengganu.

Jika saudara-saudari jauh dari rumah saya, boleh juga datang ke rumah pengantin perempuan pada 15 Oktober 2007M bersamaan 3 Syawal 1428H di alamat Lot 3404 Jalan Masjid Kutan Tengah, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan.

Di sini saya lampirkan kad jemputan untuk tatapan kawan-kawan semua. Kad untuk pengantin perempuan tidak ada, sebab dia tidak mahu. Saya pun tidak faham kenapa, tanya dia...hehehe

Kalau tidak jelas, sila klik pada gambar-gambar ini.


Aku Tidak Kisah

Ditulis oleh kawakib_duriyah Selasa, Ogos 07, 2007 0 ulasan


Aku Tidak Kisah

Aku tidak kisah

Bila dimarahi kerana salahku

Aku dan kamu tahu bahawa itu salahku

Maafkan aku kerana aku tersalah


Aku tidak kisah

Bila hatiku bersedih

Bila mindaku bergulung

Tiada siapa yang mahu menolong


Aku tidak kisah

Kerana aku sudah biasa lama

Mengubat sendiri luka

Menyuntik sendiri ubat gembira


Aku tidak kisah

Kerana kekuranganku

Ada yang termarah

Kerana aku tahu siapa yang tersalah


Aku tidak kisah

Bila ada yang melukai

Bila ada yang memberi duka

Aku ada ubat-ubatannya

Simpanan rempah ratus

Sembilan belas tahun lama


Maafkan aku semua

Lakukanlah apa yang kamu suka

Kerana itu hak kalian

Untuk suka atau meluka


Aku tidak kisah

Kerana ini hidupku

Kerana aku tahu

Aku masih ada Kawan


Kawakib Duriyah

Kampung Changkat

29 Julai 2007

Audit Dalaman

Ditulis oleh kawakib_duriyah Ahad, Julai 01, 2007 2 ulasan

Setelah seminggu berlalu, saya langsung tidak mengemas kini laman ini. Bukan kerana tidak mahu, tetapi saya terlibat secara langsung dengan Audit Dalaman Universiti Malaya Bil. 8/2007. Saya bukan menjadi auditor, saya tidak berilmu dalam hal itu, saya cuma menjadi sekretariat bagi Bilik Gerakan Audit Dalaman tersebut. Setiap hari saya akan cuba memastikan perjalanan di dalam Bilik Gerakan berjalan lancar terutama apabila auditor ingin memasukkan laporan secara maya di dalam laman web QAMU.


Audit yang bermula dari 25 Jun hingga 2 Julai ini memberi saya sangat banyak pengalaman, ilmu dan maklumat. Kemahiran komunikasi saya yang semakin baik, berdepan dengan para akademis dan staf-staf universiti yang hebat belaka. Sekali-sekala terdapat juga kisah-kisah lucu yang berlaku. Biarlah ia menjadi kenangan dalam hidup saya selamanya.


Terdapat beberapa perkara yang ingin saya kongsi di sini. Sebenarnya audit dalaman ini sebenarnya telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, diikuti oleh para Sahabat beliau yang diredhai Allah s.w.t. Saidina Umar r.a. pernah berkata, “Hitunglah diri kamu, sebelum kamu dihitung (oleh Allah di Akhirat nanti).” Hitung di sini bermaksud audit dalaman. Kita mesti selalu mengaudit dalaman kita, sama ada kita mengikut atau tidak Proses Teras (PT) dan Prosedur Kerja (PK) yang ditetapkan oleh Allah dan Arahan Kerja (AK) yang disusun oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Allah s.w.t. telah meletakkan di dalam PT-Nya bahawa setiap muslim mesti solat lima waktu sehari semalam. Pesuruh-Nya menetapkan Prosedur Kerja bahawa subuh ditunaikan ketika fajar shadiq terbit dan dilaksanakan sebanyak dua rakaat, beliau menunjuk ajar para sahabat r.a bagaimana pelaksanaan solat berkenaan dengan menetapkan Arahan Kerja, iaitu sebelum melaksanakan solat, hendaklah bersih dan hadas kecil dan besar dengan berwudhu’, begitulah seterusnya. Setiap PT, PK, AK ini mesti dipatuhi setiap hari dan ia mesti diaudit setiap hari, sama ada pelaksanaannya menepati PT, PK dan AK yang telah ditetapkan.


Kadang-kadang kita selalu lalai dari melaksanakan dengan betul PT, PK dan AK tersebut. Ini bermakna kita sudah tidak akur dengan sistem yang telah ditetapkan maka setelah dikenal pasti punca ketidakakuran tersebut ia perlu ditutup dan diselesaikan dengan taubat jangka pendek dan jangka panjang bagi mengelak ketidakakuran yang sama akan berulang kembali. Taubat jangka pendek ialah dengan qada’ atau mengganti kembali ketidakakuran yang telah kita lakukan. Manakala taubat jangka panjang pula, hendaklah kita mencari jalan penyelesaian dengan mewujudkan Senarai Semak yang jelas bagi mengenal pasti punca ketidakakuran tersebut.


Contohnya, jika ketidakakuran tersebut adalah tertinggal solat subuh pada hari X. Maka taubat jangka pendek dengan mengqada’ kembali solat subuh tersebut dengan segera. Manakala taubat jangka panjang adalah dengan mengenal pasti punca solat subuh pada hari X itu tertinggal. Jika disebabkan terbangun lewat kerana tiada jam loceng, maka kita mesti membeli jam loceng untuk mengelak ketidakakuran tersebut berulang kembali.


Sekian sahaja, pembentangan saya mengenai audit dalaman diri sendiri. Saya berharap semua dapat melaksanakan audit dalaman kita dengan jayanya, Insya Allah. :)


Allah jua yang Maha Sempurna

Serabut

Ditulis oleh kawakib_duriyah Jumaat, Jun 22, 2007 0 ulasan


Semua orang tahu apa itu serabut? Semua manusia mengalaminya. Serabut adalah satu keadaan kita tidak tahu yang mana satu biru dan ungu. Keadaan yang tidak keruan. Keadaan yang menyebabkan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Walau pun banyak kerja yang mesti dilakukan, tetapi kita dalam keadaan serabut. Apa yang harus kita buat.

Maha Kuasa Allah Ta'ala menciptakan keadaan serabut ini. Saya tidak pasti adakah makhluk lain mengalaminya. Sehari dua ini serabut melanda diri yang masih terkontang-kanting mengawal nafsi. Hanya pada Allah kita mengharap, hanya pada Dia kita meminta tolong.

Aku mahu terbang kepada Allah dengan sayap keampunan, kerana aku selalu lari dari-Nya kerana takut dari cemeti murka-Nya.

Tolong Tuhan, aku cuma mahu terbang ke sana.

Jika anda tidak bersetuju...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Khamis, Jun 21, 2007 0 ulasan


Mengapa harus ditentang kerja-kerja Islam yang dibawa oleh ramai individu, organisasi, parti politik dan sebagainya. Mengapa mesti dituduh si sana berbuat salah, si sini berbohong. Kita semua manusia biasa, sudah semestinya ada salah dan tempang.

Jika anda tidak mampu berbuat apa-apa, jangan dituduh orang bermacam-macam. Lebih baik berdiam diri dan lihat sahaja, daripada menghukum orang hanya kerana dia berbuat sekelumit salah kecil. Berdiam diri dari bersibuk-sibuk mengkritik itu sudah dikira menolong agama yang kita semua anut bersama. Ingatlah, Allah Ta'ala yang sama juga kita percaya dan Muhammad bin Abdullah itu juga orang yang kita ikuti jejaknya.

Tegurlah dengan mesra, kerana Islam ini adalah kesempurnaan akhlak mulia. Nabi Muhammad pernah berkata, "Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Berbuat salahlah semua, kerana itu tandanya kita lakukan sesuatu untuk agama kita. Salah itu biasa, kerana kita semua manusia. Rancanglah sebaiknya, kerana salah membuat orang beralih pandang, berjalanlah walau pun tempang.


Moga Allah bersama kalian yang berbuat salah dan diperbetulkan kemudian. Hanya Allah jua yang Maha Gagah dan Maha Perkasa.

Aku gembira

Ditulis oleh kawakib_duriyah 0 ulasan

Hari ini aku gembira kerana kad matrik sarjana aku telah aktif untuk digunakan. Ketika waktu rehat tadi, aku ke Perpustakaan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Aku telah meminjam sepuluh buah buku. Buku-buku yang aku pinjam adalah untuk menyiapkan disertasi sarjana.

Aku sangat gembira kerana menjadi pelajar sarjana, aku dapat meminjam dua puluh buah buku dalam satu masa dan tempohnya adalah satu bulan. Aku memang gembira kerana ada sedikit bahagia yang datang, mungkin kerana 'pari-pari' keampunan datang menghinggap di sudut kehidupan aku. Aku cuma bersangka sahaja.

Aku berterima kasih kepada orang-orang yang membawa asbab kepada aku untuk terus berjuang melawan kekejian diri yang merasukku selama ini. Kadang-kadang aku terfikir, kelakuan jahat yang kita lakukan secara sembunyi, semestinya diketahui oleh Allah dan malaikat-Nya. Tetapi untuk memberi kesedaran kepada kita, Dia membawa orang lain untuk menegur kita secara tidak langsung, di dalam keadaan orang itu tidak mengetahui sikap jahat kita.

Sesungguhnya Allah sahaja yang lebih mengetahui perkara ini. Sekarang aku sedar, walaupun ada ada sedikit gembira bertenggek di sudut masa kita. Tetapi kita mesti ingat, masih ada manusia yang yang merana walau pun dia telah berusaha untuk bahagia dan gembira. Mari kongsi bersama gembira kita, kerana gembira tiada stok yang boleh berkurang. Terima kasih Tuhan, kerana menciptakan aku dan mereka sebagai manusia.

Tidak Menentu

Ditulis oleh kawakib_duriyah 0 ulasan

Kadang-kadang kita terasa jiwa tidak menentu bukan kerana kerja yang bertambun atau persekitaran yang haru-biru, tetapi kerana jiwa tidak tenteram, menjadikan fokus hati dan rohani kita pada Tuhan tidak konsisten.

Bila terkenangkan hidup yang lalu, tenang, ceria dan sentosa, membuatkan kita terasa cemburu dengan kehidupan yang lalu. Tetapi sedarkah kita bahawa hidup yang lalu itu adalah hidup kita juga. Bagaimana boleh hidup yang lalu itu menjadi bahagia. Adakah kerana mendapat kawan-kawan yang baik atau persekitaran yang sejahtera.

Setiap kali saya merenung ketidaktentuan ini, ia hanya berpunca pada diri yang tidak 'bersahabat' dengan Tuhan. Siapa Tuhan? Dialah yang mengaturkan hidup kita ini, satu persatu. Dialah memberi kita pilihan untuk ke kanan atau ke kiri, Dia sudah tahu apa pilihan kita dan Dia tidak memaksa kita kerana akal yang dianugerahi-Nya kepada kita.

Ketidaktentuan yang kita alami, kadang kala memberi kita makna bahawa hidup kita ini memang untuk diuji sejauh mana keberkesanan akal kita membawa makna agama yang kita anut ini. Beratus ribu patah perkataan yang kita baca di setiap helaian buku, artikel, laporan, majalah, kitab, nota, minit mesyuarat, tesis, disertasi, surat khabar, papan tanda dan segalanya. Namun kita masih belum dapat mengawal kotak jasad yang bergerak bersama akal, budi dan jiwa kepada Tuhannya.

Betapa kasihnya Tuhan memberi segala kemudahan respirasi, perkumuhan, metabolisma, antibodi badan untuk melancarkan segala gerak hidup kita, tetapi kita masih belum dapat membawa diri menghadap-Nya setiap hari.

Kerut dahi setiap hari memberi erti keresahan hidup selama ini. Kepala dipicit, leher diurut agar lerailah sementara gelisah yang melanda. Tetapi itu tidak berpada jika tidak dibawa dengan semangat, kerahan jasad, jiwa, rohani, akal dan budi untuk bersiap sedia untuk melanda segala apa yang menghalang kebahagiaan ini.

Moga dipermudahkan segalanya...

Kualiti

Ditulis oleh kawakib_duriyah Khamis, Mei 31, 2007 0 ulasan

Saya sekarang baru lepas siap menolong semua boss-boss saya menyiapkan dokumen laporan untuk Anugerah Kualiti Perdana Menteri. Ia adalah salah satu anugerah yang tertinggi dalam pengurusan kualiti di Malaysia. Badan rasa agak letih. Kenapa mesti letih? Mungkin dengan letih itu, kita dapat menilai sejauh mana penghargaan kita sewaktu kita segar bugar.

Tentang kualiti di atas, saya cuma hanya berkongsi kata-kata Naib Canselor Universiti Malaya. Kata-kata ini, sering boss saya sebut di dalam ucapannya.

"Quality is a Journey, not a Destination"

Saya sendiri mungkin tidak begitu faham secara mendalam apa maksud sebenar kata-kata ini. I'm just want to share.


Hadith yang sangat berkuasa untuk saya.

Ditulis oleh kawakib_duriyah Rabu, Mei 30, 2007 1 ulasan

Ada satu hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,

Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya.


Bagi saya, hadith ini banyak memberi makna kepada kita bahawa tiada sesiapa yang mampu menolong kita melainkan Tuhan Maha Pencipta. Lakukanlah apa sahaja demi Tuhanmu kerana Dia lebih mengetahui jerih lelah secupak usaha yang lakukan.

Allah juga yang lebih mengetahui.

Sekian Lama.

Ditulis oleh kawakib_duriyah 0 ulasan

Sejak sekian lama saya tidak menjenguk blog saya yang masih kukuh terlekat di papan internet. Alhamdulillah syukur kerana segala maklumat masih ada bersama walaupun ia cuma biasa sahaja. Jadi saya ada melakukan beberapa perubahan pada blog, walaupun tidak menyeluruh paling kurang ia membetulkan kesalahan major yang berlaku.

Antara perubahannya adalah saya menerima nasihat Puan Ainon dari Universiti PTS supaya mengguna Bahasa Melayu Tinggi dalam apa jua penulisan. Jadi, segala tulisan saya sebelum ini yang berumur hampir dua tahun yang menggunakan Bahasa Melayu Rendah penuh dengan singkatan-singkatan akan dibetulkan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada Puan Ainon.

Selain itu, tambahan pautan ke laman-laman web kesukaan saya akan ditambah dari semasa ke semasa kerana saya mempunyai terlampau banyak laman web kegemaran.

Insya Allah, kita sama-sama berdoa agar segala apa yang berada di minda saya dapat dikeluarkan dengan selamat.

Aku dah habis...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Isnin, Ogos 29, 2005 2 ulasan

Aku sebenar baru jer konvo 11hb ogos lepas.. mendapat ijazah sarjana muda Usuluddin dengan Kepujian, bukan cemerlang pun... hehehe. Ijazaj Universiti Malaya tu.. hehehe. kalu nak tengok.. ni ada gambar. Senyum memanjang, sbb aku tahu mmg ada org nak amik gambar... hehehe



Kadang2 lawak jugak tengok aku senyum sorang2... tengok nih.. dahlaa jalan senget2.. kekekke.. teruk tul..

tengok laa aku jalan2 senget2..hehehe..

Tapi kan, rasa malu plak bila aku baca sejarah para ulama', belajar sampai tua. Kita belajar 2,3 kerat, dah sorak2 sbb dah abis belajar... malu plak bila terima skrol tu.. kdg2 kita terlalu berbangga, hingga kita lupa jasa para ulama' dulu sebarkan ilmu... Aku ni... nak menulis pun malas... ntahlah.. doakan aku...

Maafkan aku kawanku

Ditulis oleh kawakib_duriyah 0 ulasan

Maafkan aku kawan-kawanku. Aku semakin jauh dari kalian. Aku bukan lari atau bersendiri, cuma aku terasa semakin jauh dari Ilahi. Mungkin ada sedikit konflik diri dalam usaha mencari identiti. Aku pasti bahawa aku masih teguh dalam landasan ideologi langit yg tidak bertepi. Namun rohani aku terasa semakin mengecil dan bersendiri, semakin pudar terhadap cahaya Ilahi. Entahlah kawanku, mungkin terasa rindu pada zaman silam, zaman yang tiada cabaran dan dugaan, hidup penuh keimanan, kesejukan dari kabus sodiq. Mandi diwaktu ayam belum berkokok. Mungkin aku rindu suasana itu. Namun aku pasti Tuhan tetap sayang, dalam keadaan diam, aku maasih boleh merasai nikmat dari-Nya yang amat bermakna. Terima kasih Tuhan, namun aku masih alpa. Berikan aku “sekuantum” cahaya iman-Mu, untuk aku rasai kasih-Mu yang qudus itu. Serikan aku dengan pakaian taqwa kerana aku merindui jalan yg aku lalui dulu. Tuhan, aku merindui zaman silam yg ceria dulu.

Buku…

Ditulis oleh kawakib_duriyah Khamis, November 11, 2004 2 ulasan

Ramai diantara kita yang mesti kenal buku, kalau tak kenal buku kenal kitab, tak pun buku lali, atau sebuku sabun…hehehe. Tapi aku nak citer tentang buku yg boleh dibaca. Pasti ada yg kata buku ni kita baca masa kita belajar ajer, ada yg kata buku ni buat orang jadi pasif, asyik baca buku tidak proaktif... Sebenarnya semuanya salah, buku memang bacaan seumur hidup. Sebab tu ayat pertama Allah menyuruh kita membaca, tapi ramai yg menafsirkan dengan maksud belajar ilmu, itu kurang tepat, Allah jelas kata dalam wahyu-Nya yg pertama “Bacalah! (wahai muhammad)...” mengapa kita nak tukar jadi belajarlah, sedangkan jelas ayat tu suruh kita membaca. Membaca ni semestinya menjadi amalan hidup kita seharian... Kenapa tak mau membaca, mungkin sebab takde masa, kita kena faham membaca ni bukan setakat duk ngadap buku tu ajer, kita baca paper pun membaca jugak, baca majalah pun baca jugak, hatta baca komik pun dikira membaca, tapi biarlah kita baca tu dpt ilmu. Sebab tu wahyu pertama tadi Allah rangkaikan ayat Iqra’ dgn ayat ilmu, “(Dia) mengajarkan manusia dengan pena, mengajar manusia apa yg manusia tidak ketahui” kan jelas tu Allah bgtau.

Kita mesti baca buku, bagaimana umat Islam boleh maju suatu masa dahulu bukannya melalui peralihan teknologi semata, kerana kebanyakan teknologi itu dicipta dari umat Islam itu sendiri, tetapi itu semua datang melalui semangat utk membaca, semangat utk mengetahui apa yg dirinya tidak ketahui, semangat itulah yg menjadikan negara Islam muncul sebagai tamadun yg disegani hingga ke hari ini.

Tapi sayang antara kita yg tidak ada semangat itu, macamana nak jumpa al-Kindi itu di Malaysia, mcmana nak jumpa Ibn Sina di Malaysia. Semangat itu tidak ada pada rakyat Malaysia, dahla harga buku kat Malaysia ni mahal tahap dewa, kadang-kadang kecik hati jugak, bila lihat harga-harga buku yg ditulis oleh Prof, Dr, pensyarah-pensyarah, orang-orang yg berada, harga tu mcm tak mahu bagi kita beli, nak cari duit dengan buku jugak ker, tak cukup lagi ke gaji jadi prof dgn pensyarah ribu-ribu tu, memang la kalau jual murah org kata tak standard berbanding dengan tahap akademik diorang kan, orang tidak menilai harga buku tu dengan standard akademik anda, orang menilai isi kandungan dan presentation anda, sejauhmana kupasan anda, jika diberi percuma pun orang tidak akan memandang rendah pada anda, jgn risau tentang standard anda sebagai ilmuan, cendikiawan. Orang tetap menyanjung maruah anda... adakah anda mahu aku baca ke tak, adakah anda mahu menyebarkan ilmu yg anda tulis itu pada orang-orang tertentu sahaja, tentulah anda mahu semua rakyat Malaysia membacanya juga kan...

Tahniah kepada para penulis yg berusaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu anda dengan memurahkan buku-buku anda, sehingga sanggup dipotong royalti buku itu, asalkan buku tersebut tidak dinaikkan harga. Hanya Allah sahaja yg mampi membalasnya... Tidakkah ilmu juga termasuk amalan yg tidak putus apabila kita meninggalkan dunia ni.

Cuba bayangkan kalau duit untuk membina KLCC itu digunakan untuk membeli buku-buku ilmu dan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa univerisiti, peringkat masyarakat, cuba bayangkan betapa bermanfaatnya kepada perkembangan ilmu di Malaysia. Mungkin ada korang kata aku benci kerajaan sebab buat KLCC, saper benci, aku tak benci pun, Cuma aku kurang suka dibinanya sekarang, masanya tidak sesuai. Kalau betul ia penting, mengapa negara Jepun yg maju giler2 tak bina pun benda-benda mcm ni. Ni baru jer mereka nak bina yg lebih tinggi dipanggil Sky City, memang kalah laa seluruh dunia. Mesti anda kata, ia baik untuk industri perlancongan negara, tukaran wang asing menguntungkan negara. Aku bagi pilihan, mana lebih penting memperkembangkan ilmu yang telah sedia ada, dengan dapat rezeki dari orang luar. Berapa kerat rakyat Malaysia yang merasai industri itu, mungkin ada org Malaysia tak kenal muka mat salleh dgn mek salleh. Daripada kita menatap muka mat salleh baik kita tatap buku yg berilmu.

Kadang-kadang pandangan aku ni takleh pakai pun, jarang-jarang bleh laa, heheheh. Tapi aku nak seru pada kawan-kawan semua, bacalah buku selagi kita hidup ni, tak kira korang jadi apa sekalipun, jadi guru ker, keje kedai makan ker, keje pak guard ker, terutama sekali org yg keje kat kedai buku, baca tak buku-buku yang ada tu, percayalah, dengan membaca anda akan dihormati, kalau tidak sekarang mungkin akan datang, kita hidup bukan untung disanjung manusia, tapi ia hanya adalah nikmat dari Tuhan untuk kita rasa bahawa bagaimana org menyanjung kita...




Hobi

Ditulis oleh kawakib_duriyah 0 ulasan

Semua org ada hobi kan… aku juga ada hobi tersendiri, tapi ramai silap faham tentang kerana tidak diperjelaskan takrif hobi itu sendiri, ada yg kata hobi adalah amalan atau perbuatan di masa lapang, bagaiman pula bagi suka yg takder masa, tapi dia suka kumpul barangan tertentu dan bila kita tanya, dia kata hobi, ada beza ke antara hobi dgn kegemaran seseorang tu.

Bagi aku, hobi itu adalah amalan di waktu lapang atau waktu kosong, dan bila ada waktu kosong byk aku suka buat, selalunya umur mcm aku ni suka tidur ajer kan, tapi aku cuma tidur bila aku rasa sangat mengantuk, aku takkan tidur kalau tak mengantuk. Tapi setiap hobi aku tu bergantung pada mood aku, kalau takde mood, aku akan menonton TV ajer, aku mmg suka menonton TV sejak kecik lagi, semua rancangan yg difahami aku tengok…

Tapi kalau mood aku bagus, aku akan membaca ajer, byk buku aku beli dan limpah dah rak yg aku beli tu, aku suka baca buku, masa mula-mula dpt membaca masa sekolah dulu, tapi ia semakin kuat bila aku masuk universiti, bila berhadapan dengan pensyarah yg terer-terer aku jadi jeles tengok diorang terer, semua diorang tahu, jadi aku cuba berjinak dengan buku, pada mula aku explore OPAC yg ada kat library, mcmana nak cari buku kat lib tu, masa tu kawan-kawan aku baper kerat jer yg reti guna OPAC. Aku bukan nak berlagak, tapi masa aku ada kesedaran mcm tu, ramai kawan-kawan aku bukan setakat tak reti guna OPAC, library pun jarang jejak, siap boleh kira jari lagi… Yang lebih teruk, tak penah register nama pun dengan library tu… Pelikkan kenapa jadi camtu?

Antara buku yg aku suka baca adalah buku-buku yang berat, bukan timbangan laaa, buku yang memberatkan fikiran aku, mcm buku-buku falsafah, pemikiran, aqidah,sains (yg aku paham jer la), sejarah, dan tak lupa bidang yang aku ceburi sekarang bidang Quran dan Hadith. Haaa aku nak tambah sikit, ramai yg tanya aku kenapa aku masuk jabatan Quran dan Hadith, sbb kawan-kawan tengok aku mcm lebih berat pada jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam. Aku memang suka bidang akidah tu, tapi mcm arwah ayah aku cakap, kalau masuk bidang akidah, aku cuma mahir dalam bidang akidah sahaja, tidak mahir dalam bidang lain. Benar apa yang ayah aku kata, dan aku sudah rasainya skrg. Bila aku masuk jabatan quran hadith ni, aku dpt kenali semua ilmu, termasuk aqidah, fiqh, sedikit tentang sejarah, byk lagi. Dan yang paling penting adalah ilmu hadith yg aku belajar, ia cukup memberi kesan pada aku. Aku rasa bila aku hadapi dengan pelbagai ilmu, dan membaca buku-buku tentang falsafah, ramai para ulama’ yg mahir dalam bidang falsafah, kurang arif dalam bidang hadith, sbb itulah ilmu falsafah dan ilmu-ilmu berkaitan, nampak semacam tidak berpijak krn ia tidak ada sandaran yg cukup kuat sedangkan Nabi byk menjelaskan tentang ilmu-ilmu berkaitan walaupun tidak secara jelas, mungkin secara tersirat. Sbb itulah jarang para ahli falsafah jarang sangat menggunakan hadith dalam menguatkan hujah-hujah mereka. Mungkin aku boleh membuat anjakan paradigma baru dalam bidang ini, insya Allah…

Aku bila mood dah tinggi nak membaca, kdg-kdg sampai tak tidur sampai pagi, tengok isu la kalau baca buku tu. Aku akan rasa seronok apabila aku dpt faham apa yg aku baca, terutama dalam masalah falsafah. Aku baca pasal falsafah bukan sbb aku nak amal, tapi aku nak latih otak aku untuk cuba memahami, dan jika aku dpt memahami, aku rasa sangat puas hati, walaupun ia tak kekal dlm ingatan aku.

Aku kalau tak membaca, dan takde mood nak tengok TV, atau terlalu boring sangat, aku akan buat origami, kenal tak origami? Alaah yg lipat-lipat kertas tu, lipat jadi jet, jadi katak, jadi dinosaur mcm-mcm lagi…

Ramai yg kata aku mcm budak-budak bila aku suka buat origami. Mereka kata mcm tu sbb mereka tak merasai kesan dari origami apabila aku amalkan mainan ni. Aku mula kenal origami masa aku umur 6 thn, bila abg aku ajar aku buat kamera dgn kertas, kemudian dia ajar buat katak. Masa umur 6 thn dulu, aku siap boleh ajar kawan masa tadika dulu lagi buat kamera, sbb cikgu aku dah takder idea nak buat origami, sbb yg dia ajar yg mudah-mudah ajer, tak mencabar pun.

Antara kesan origami adalah kesan kepada ingatan otak aku. Cuba bayangkan bagaimana aku kekalkan ingatan aku yg masa umur 6 thn tu cara nak lipat kertas jadi kamera dan katak tu, aku kekalkan hingga sekarang. Ditambah pula masa tu aku dah pandai buat jet yg boleh terbang dan lain-lain. Cuba korang agak, bagaimana aku kekalkan ingatan nak lipat kertas itu supaya lekat dlm ingatan aku hingga skrg. Ramai yg tak rasa benda ni sbb dia tak rasa kesannya. Bila makin besar aku tambah lagi skill buat origami, cuba cari buku origami buat yg pelik-pelik. Susah woo nak ingat, ia melatih ingatan kita, kreativiti kita dan ketelitian kita dalam membuat satu-satu perkara. Aku tak kisah org nak kata aku mcm budak-budak, tapi itulah kesan yg aku rasainya skrg…

Byk org yg aku ajar origami ni tak kekal sbb ia agak memberatkan otak kita kerana kita kena ingat step dia satu persatu, itu yg mencabar tu… sekarang aku ingin meluaskan lagi skill aku dalam bidang origami ni, sbb dalam Malaysia ni baper kerat ajer yg minat bidang ni… Selalunya org Jepun dan Cina, itupun ada kaitan dgn agama diorang.

Kemudian kalau aku dah boring gila mmg takde mood langsung, aku akan jalan-jalan, pegi la mana-mana yg aku suka. Layan perasaan sikit, ramai org lelaki yg tak nak mengaku dia jiwang, sbb nanti org kata tak rock laa kan… sebenarnya jiwang ni bukan bab cintan ajer, jiwang ni semua pun masuk, Cuma org faham mcm tu laa…. Atau ayat sekarang layan blues laa, ingat kisah-kisah lama…kan. Jarang-jarang layan best jugak…

Haa… tambah satu lagi, aku suka tengok movie. Terutama movie-movie omputih. Movie-movie yang berat jugak, yang memeningkan kepala atau yg ada falsafah yang tersendiri, sbb tu aku suka tengok movie The Matrix Trilogi, tiga-tiga tu…sehingga aku dpt memahami hampir keseluruhan perjalanan movie tu, siap boleh ulas lagi, kenapa babak ni camni, apa yg dia nak sampaikan…bahkan aku dpt kenal pasti nama-nama watak dalam the Matrix tu, walaupun nampak biasa tapi ia ada maksud tersendiri…

Lailatul Qadar..

Ditulis oleh kawakib_duriyah Jumaat, November 05, 2004 0 ulasan

kalau citer pasal lailatul qadar (lq) tentu org akan cakap pasal 10 malam terkahir kan, tentu pakat nak berlumba-lumba nak dapat anugerah tu, sebenarnya, anugerah LQ ini adalah motivasi dari Allah untuk umat islam sentiasa berusaha, memperbanyakkan amalan soleh di bulan ramadhan. Bukan setakat pergi masjid solat terawih ajer, tetapi bykkan sedekah, dan sbgnya...

Tapi kalau ibadat terkena pada malam 23 laa katakan, camner dengan org pompuan yg tak boleh solat lak, kira tak aci laa org laki semua bleh buat amal kan... last sekali buat rugi jer laa kan..

Sebenarnya Isla itu mudah, bangun malam dan amalan soleh di bulan ramadhan bukan terhad dlm ibadat khusus sahaja, yg tdk boleh solat, boleh berzikir,bermunajat dan berdoa... jgn pikir kalau takleh solat, takyah buat apa-apa, abis camner nak dapat LQ kan...

Tapi dgn syarat, amalan kita maintain sejak awal ramadhan, ni kalau awal waktu malas nak buat amal, toksah harap nak dpt LQ,Allah itu maha Adil, Dia tahu siapa yg layak terima anugerah tu.

Jadi kawan-kawan semua, masih belum terlambat utk bertaubat, terbanglah menghadap Allah dgn sayap keampunan, jgnlah lari dari-Nya dgn seguni ketakutan... berlarilah kpd Allah dgn sepatu harapan, jgnlah berpaling dari-Nya dgn topeng takabur... AllahuAkbar...

Ramadhan...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Jumaat, Oktober 29, 2004 0 ulasan

Sempena bulan ramadhan ni... byk kali aku dah berazam nak baiki kesalahan yg aku lakukan semasa ramadhan dulu, tapi tak pernah menjadi kenyataan, mungkin ada masalah dgn diri aku kut, nampak gaya kena beli scan virus ni nak cari virus yg ada dlm hati aku

Ramadhan dah banyak kali datang dalam hidup aku, tapi aku rasa mcm takder apa jer, walaupun byk di dalam tu pelbagai kebaikan, aku masih juga seperti dulu. Ada sesiapa yg boleh bantu, mungkin aku je yg boleh tolong diri aku.

Ramadhan datang dah blah dalam hidup kita, tapi kita masih tak reti nak hargai kedatangannya, mungkin kita rasa, bahawa ramadhan tu adalah kawan karib kita yg datang melawat setahun sekali jer.. mungkin kita anggap itu hanya org yg lalu lalang depan rumah kita. patutlaa kita tak layan... kita memang mcm tu.. macam aku...

Aku minta maaf...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Sabtu, Oktober 02, 2004 1 ulasan

Aku minta maaf sbb lama tak update aku punya blog ni, sbb la tempat aku study tu takleh bukak... nak buat camner... tensen giler...

Tapi byk citer2 yg berlaku semasa aku tak update blog ni... antaranya.. ayah aku meninggal. sebelum ayah aku meninggal... aku sempat jaga dia kat hospital.. maraton beberapa hari.. menyebabkan aku malas nak mandi... entahlah... masa ayah aku kat hosptal.. dia dpt sembang elok dgn aku dan org lain...nampak mcm sihat ajer... cuma dia sakit lutut ajer.. jadi bengkak..

Masa aku jaga ayah aku, aku sempat lagi baca kitab dgn dia, dia kan ustaz so byk lagi ilmu-ilmu dia.. tp nak dijadikan cerita... dia pergi dulu.. sblm aku habis belajar... aku ingat nak bagi skrol kat dia masa aku grade.. tp nak buat camner Allah lebih terer dlm bab ni... aku terima aje, mmg hak Dia nak amik ayah aku...

Jadi aku tujukan satu sajak utk ayah aku.. walaupun dia tak pesan apa-apa utk aku.. tapi aku tetap sayang dia, mana ayah yg paling rilek mcm ayah, muka 'kering' ajer.. mcm takder feel...

Hikmat Kasihmu...

Engkau sbg sebab kewujudanku
Tanpamu siapalah aku
Tika mataku pertama mencelik
Suaramu jua kedengaran
Mendendang kalimah Tuhan

Tiap patah katamu di telinga
Hatiku bergetar tersentak
Akan cabaran dunia
Pasti ku redah
Walau tangan sucimu
Tidak pernah menyakitiku
Namun kesaktian kasihmu
Menjalar ke segenap liang darahku

Walau kau tidak menunggu
Untuk lihat ku berjaya
Namun ku tetap puas
Bahawa kau adalah ayah tercinta

Semoga kau bersemadi
Bersama budi yang kau tabur
Untuk agamamu agamaku...

Kawakib Duriyah

Untuk Ayah Tercinta yg pulang ke sisi Allah pd malam Jumaat 3 September 2004.... Kesaktian Kasih Mu Masih Terasa...

Cerita Aku...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Isnin, Julai 05, 2004 2 ulasan

Kat sini aku nak citer apa yg aku nak citer, tak kisah la pasal apa pun, masa mak aku meninggal, aku tinggal dgn nenek aku yg tinggal di rumah pak sedara aku, maknanya anak nenek aku la, anak sulung dia. Masa tu aku tinggal mcm biasa, cuma rumah terlampau ramai org, jadi kehidupannya agak bersistematik, makan ada time, mandi ada time, main ada time, kalau diminta buat keje apa2 kena buat. Jadi hidup aku selalu ikut perintah, kalau buat salah, satu malaysia dpt tahu, bahawa Mat Che Ngah (Che Ngah tu panggilan utk mak aku) telah buat salah itu ini. Aku mmg jenis manja selalu nangis, masa nangis mulalah ingat pada mak. Segala perbelanjaan semua dipantau, ada satu citer mungkin lawak tapi sedih jgak, masa aku sekolah, kdg2 aku tak suka makan, jadi aku simpan duit dlm poket kecik beg aku, lama2 jadi byk, apabila jadi byk aku bgtau pada nenek aku, yg aku simpan duit ni, dan aku bg pada nenek aku, alih2 nenek aku ambil duit tu bagi pada aku buat belanja sekolah esoknya, dan seterusnya sampai habis. So lepas kejadian tu, aku terus tak simpan duit, bkn krn aku marah, tapi perasaan aku tak mau simpan, sampai skrg aku jadi malas nak simpan duit. Aku tak tahu puncanya, takkan aku nak kata sbb nenek aku, sbb nenek akulah nenek paling best dlm dunia ni.

Masa hidup aku dirumah nenek aku, aku hanya kawan dgn sepupu2 dan anak sepupu aku yg agak sebaya, so jadi hidup aku agak tertutup sikit. Agak tidak berkembang nak buat apa2 pun susah, nak main bola kat padang sekolah tak boleh nak apapun kena permission. Jadi aku takder tambah skill apa2 cuma adik beradik aku ni jenis mudah belajar. So biasa laa dpt no 1. Aku ingat takder apa yg istimewa aku boleh buat, masa aku tinggal dgn nenek aku...

Lepas aku pindah rumah tinggal sekali ngan ayah aku, barulah hidup aku lebih bebas, petang2 selalu main bola kat padang sekolah. Masa tu baru darjah 4, so masa tu laa skill aku bertambah, darjah 5 dah wakil sekolah main bola, tapi biasa jer skill aku. Masa darjah 5 laa aku jadi liar sikit, dah pandai buat jahat sikit2, biasa laa budak2 nak cari identiti, sbb ayah aku tak kisah cara hidup aku mcmana, nak kawan dgn sapa, pandai2 laa pilih. tapi satu jer aku bukan jenis mudah terpengaruh, selalu kawan2 suka mencarut, aku bukan jenis tu. Jadi ayah aku tak risau sangat masa tu. Naik darjah 6 skill tambah lagi, aku jadi aku pancaragam, main alat musik ketuk2 tu, yg bunyi ting...ting...ting. Nama apa ntah aku lupa. Masa tu dpt skill mcm2 dan cikgu musik tu suka aku sbb aku mudah tangkap apa yg diajar. Kalau di tunjuk satu skill main, dlm beberapa saat dah tangkap, biasa laa masa tu dosa pun takder, kecik lagi kan...hehehhe

Antara subjek aku suka masa sekolah rendah adalah matematik, aku dah hafal sifir 4 masa darjah dua, naik darjah 3 sifir 9 dah ingat. Aku ingat masa darjah 6, aku selalu khilaf dgn cikgu Fauzi tu, sbb soalan yg dia bagi tu, dia ambil tempat lain, jadi kalau soalan penyelesaian masalah, maka pemahaman kami berbeza, terutama kalau soalan pasal umur, kdg2 ada beza hari laa jawapan.. mcm2.. selalu cikgu akan suruh aku buat kat depan, kalau ada pertentangan, yg bestnya dia ok.. kdg2 jer dia salah, sbb kdg2 dia lupa tahun tu thn lompat ker apa biasa laa.. aku yg masih takder dosa ni, kecik lagi pick up laa... heheheh tapi byk cikgu tu betul, biasa laa aku ni budak lagi.

penatlah tulis... sambung nanti yek..

Kasih Ibu...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Isnin, Jun 28, 2004 2 ulasan

Dalam rusuk kiri lelaki
Ada wanita yang mencari
Kasih lelaki pada wanita
Kasih wanita pada lelaki
Jauh beza kasih ibu pada anaknya

Mengapa lupa pada ibu kerdil
Mengandung manusia serba sempurna
Antara kasih dan sayang
Manakan sama kasih ibu pada anaknya

Kerdip mata anak
Jadi hitungan ibu
Sukat pekat udara menerobos rongga anak
Disemak periksa apakah malang nasib menjelma
Alangkah hebat kasih ibu pada anaknya

Susu ibu tidak untuk anaknya
Susu madu pengubat tubuh suci
Titik peluh titik susu
Tidak sama setitik kasih ibu pada anaknya

Kasih ibu itu terhenti
Ketika anak berjalan berlari
Ketika itu anak mencari
Kasih sama ibu seperti
Jangankan merasa
Galang ganti tiada lagi

Siapa boleh mengubat hati anak merana selama
Apakah ada kasih ibu seperti
Mustahil...

Aduh...
Alangkah hebatnya kasih ibu pada anaknya

Kawakib duriyah

8/3/04
B309
UM

- sajak ini saya tujukan untuk emak saya Wan Salamah bt Wan Ahmad yg meninggal pada 16 Mac 1988, al-Fatihah untukmu ibu...

Kasihmu berlalu 16 tahun yang lalu...